20/04/2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2011

Alhamdulillah, MAKDIS bersyukur ke hadrat Illahi apabila sambutan Majlis Maulidur Rasul bagi tahun 2011 telah selamat dijalankan dengan jayanya. Sambutan tahun ini bertemakan "Rasullah saw : contoh ikutan sepanjang zaman."

Majlis yang di adakan pada 16 April 2011 yang lalu ini telah diadakan di foyer sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 2 dan melibatkan semua guru-guru dan pelajar-pelajar sesi pagi serta petang.

Terdapat pelbagai program yang dijalankan  seperti pertandingan nasyid, bacaan ayat-ayat suci al-Quran, bacaan berzanji dan marhaban, persembahan nasyid, kuiz spontan dan persembahan nasyid guru-guru lelaki SMK Taman Daya 2.

Selain itu juga, satu ceramah Maulidurrasul telah disampaikan oleh penceramah jemputan khas iaitu Al-Fadhil Ustaz Mohd Zamri Bin Abdul Wahab dari SK Tanjung Puteri Johor Bahru.

Semua pelajar dan guru berkumpul di foyer sekolah untuk menjayakan program-program Maulidur Rasul 2011.

Antara kumpulan nasyid pelajar perempuan yang menyertai pertandingan nasyid Maulidur Rasul ini.
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All right reserved by Raudhatul Jannah