30/09/2011

Program Sumbangan Aidilfitri dan Bermaaf-maafan


Pada 27hb Ogos 2011, hari terakhir persekolahan sebelum  cuti Hari Raya Aidil Fitri  yang lalu, MAKDIS SMK Taman Daya 2 telah mengadakan majlis memberikan sumbangan wang kepada para pelajar Islam sekolah ini dan  majlis bermaaf-maafan antara guru-guru dengan  para pelajar. Majlis ini telah diadakan di surau Raudhatul Jannah.

Majlis yang disempurnakan oleh Pengetua SMKTD2, Pn Hjh Jamiaah Bte Kechut. Majlis dimulakan dengan takzirah pagi oleh  Ustaz Talhah Bin Hj Talhah berkenaan sambutan hari raya  Aidil Fitri.

Antara tujuan diadakan majlis ini adalah untuk membantu para pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli  keperluan harian atau baju raya  untuk mereka menyambut hari raya yang bakal menjelang. Selain itu juga sumbangan "duit raya" diberikan kepada semua pelajar Islam sesi pagi dan sesi petang sekolah ini.

Rentetan daripada pemberian sumbangan  "duit raya" ini, para pelajar diarahkan berbaris dan bersalaman dengan semua guru-guru Islam untuk memohon maaf atau segala kesalahan yang dilakukan sesama Islam.

Dikesempatan ini, MAKDIS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan  maaf dzahir dan batin...
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All right reserved by Raudhatul Jannah