15/10/2011

Panorama Surau Raudhatul Jannah

 Raudatul Jannah...nama yang diberi kepada surau SMK Taman Daya 2. Ia memainkan peranan penting sebagai Pusat Dakwah Islamiah di sekolah. Bermula hujung tahun 2010..persekitaran dan keceriaan surau ini telah mengalami perubahan sejajar dengan peranannya untuk meninggikan syiar Islam kepada semua warga Taman Daya 2. Semoga kehadirannya dengan imej yang baru akan dapat menambat hati warga Taman Daya 2 untuk sentiasa mengimarahkannya...InsyaAllah

Pandangan Hadapan
 
Pandangan Sisi

Pintu Utama/ Hadapan




























TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

01/10/2011

Majlis Solat Hajat PMR dan SPM

Pada 29hb September 2011 yang lalu, MAKDIS  telah mengadakan majlis solat Hajat PMR dan SPM di surau Raudhatul Jannah.

Solat hajat ini telah dijalankan sebelum pelajar-pelajar PMR menduduki peperiksaan pada 4hb Oktober hingga 11hb Oktober 2011.

Tujuan solat hajat ini diadakan adalah untuk mendoakan agar para pelajar di sekolah ini dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang dan seterusnya  mencapai kejayaan yang cemerlang.

Selain itu juga, majlis solat hajat ini diadakan agar sekolah dalam keadaan yang tenang dan dijauhkan daripada mala petaka yang tidak diingini.

Solat hajat ini telah dijayakan oleh pelajar-pelajar tingkatan tiga dan pelajar tingkatan lima yang akan menduduki PMR dan SPM. Disamping itu juga, solat hajat ini  telah disertai oleh ibu dan bapa para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan. Penyertaan ibu bapa ini amat penting untuk memastikan  mereka perihatin dengan keadaan anak-anak mereka yang akan menghadapi peperiksaan.

MAKDIS SMKTD2 berdoa agar  para pelajar sekolah ini akan memperoleh kejayaan yang membanggakan..

Amin..

Wassalam
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

30/09/2011

Program Sumbangan Aidilfitri dan Bermaaf-maafan


Pada 27hb Ogos 2011, hari terakhir persekolahan sebelum  cuti Hari Raya Aidil Fitri  yang lalu, MAKDIS SMK Taman Daya 2 telah mengadakan majlis memberikan sumbangan wang kepada para pelajar Islam sekolah ini dan  majlis bermaaf-maafan antara guru-guru dengan  para pelajar. Majlis ini telah diadakan di surau Raudhatul Jannah.

Majlis yang disempurnakan oleh Pengetua SMKTD2, Pn Hjh Jamiaah Bte Kechut. Majlis dimulakan dengan takzirah pagi oleh  Ustaz Talhah Bin Hj Talhah berkenaan sambutan hari raya  Aidil Fitri.

Antara tujuan diadakan majlis ini adalah untuk membantu para pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli  keperluan harian atau baju raya  untuk mereka menyambut hari raya yang bakal menjelang. Selain itu juga sumbangan "duit raya" diberikan kepada semua pelajar Islam sesi pagi dan sesi petang sekolah ini.

Rentetan daripada pemberian sumbangan  "duit raya" ini, para pelajar diarahkan berbaris dan bersalaman dengan semua guru-guru Islam untuk memohon maaf atau segala kesalahan yang dilakukan sesama Islam.

Dikesempatan ini, MAKDIS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan  maaf dzahir dan batin...
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

25/08/2011

Carta Organisasi

JAWATANKUASA PENGURUSAN
SURAU RAUDHATUL JANNAH 
SMK TAMAN DAYA 2
2012


PENASIHAT

PENASIHAT
Pn Hajah Jamiaah Bte Kechut
( Pengetua )


PENGERUSI

Pn Maznah bt Mohd Yatim
( GPK HEM )

TIMBALAN PENGERUSI 1

TIMBALAN PENGERUSI
Tn Hj Hamid B Hashim
( GPK Kurikulum )

TIMBALAN PENGERUSI 2

En Wan Azmi Bin Abu Bakar
( GPK Ko-Kurikulum )

NAIB PENGERUSI

NAIB PENGERUSI
Pn Halimah Bte Mohammed
(  Penyelaras Sains dan Kemasyarakatan )

SETIAUSAHA 1

SETIAUSAHA  1
Pn Shuhaidah Bte Shariff
( KP Pendidikan Agama Islam )

SETIAUSAHA 2

SETIAUSAHA 2
En Talhah Bin Hj Endut
( Penyelaras MAKDIS )


BENDAHARI

BENDAHARI
Pn Hjh Wan Roselinda bt Jaafar
( KP Tasawwur Islam )


AJK PENGURUSAN FIZIKAL

AJK PENGURUSAN FIZIKAL
En Mohamad Khairul Bin Latif
( KP Bahasa Arab )


AJK  PENGURUSAN AKTIVITI

AJK PENGURUSAN AKTIVITI
Pn Jalinawaty Bte Abd Jalil
( Penyelaras Bahasa )


AJK PENGURUSAN KELENGKAPAN

AJK PENGURUSAN KELENGKAPAN
Pn Siti Wati Bte Saat
( Penyelaras Sains dan Matematik )


AJK PENGURUSAN KEBERSIHAN

AJK PENGURUSAN KEBERSIHAN
Pn Roszita
( Penyelaras Teknik dan Vokasional )


AJK PENGURUSAN KEBAJIKAN

AJK PENGURUSAN KEBAJIKAN
Pn Siti Rupawan Bte Ribot
( Guru Cemerlang )


AJK PENGURUSAN PENERBITAN DAN MINI PERPUSTAKAAN

AJK PENGURUSAN PENERBITAN & MINI PERPUSTAKAAN
Pn Nor Shuhaida Bt Tuha


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All right reserved by Raudhatul Jannah