16/03/2012

Program Bacaan Yaasin dan Tahlil Surau Raudhatul Jannah


    Yaassin merupakan salah satu surah di dalam al-Quran yang mengandungi 83 ayat dan diibaratkan sebagai jantung kepada al-Quran. Pembcaan surah Yaasin secara berterusan dan konsisten diharapkan dapat membantu warga Islam dan pelajar untuk mendapatkan keberkatan surah tersebut. Pihak Makdis sekolah telah menjalankan usaha untuk pelajar membaca surah Yaasin secara berterusan terutama kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM.
Antara objektif program ini diadakan adalah untuk menepati matlamat berikut :
a) Mengalakkan pelajar membaca al-Quran
b) Merebut peluang keberkatan surah Yaasin
c) Merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga SMK Taman Daya 2
d) Mendidik para pelajar agar sentiasa berlumba-lumba mengerjakan amal kebaikan
e) Memupuk semangat dan potensi kepimpinan dalam kalangan pelajar
f) Membiasakan warga Islam SMK Taman Daya 2 dengan persekitaran ilmu Islam
Walau bagaimanapun, program ini juga mempunyai matlamat utama iaitu membudayakan ayat al-Quran.
Program ini dijalankan pada hari Jumaat bermula jam 7.30 pagi (sesi persekolahan pagi) dan jam 5.30 petang (sesi persekolahan petang) untuk pelajar biasa. Bagi calon pelajar PMR dan SPM, program bacaan Yaasin dan Tahlil diadakan pada hari Selasa hingga Khamis bermula jam 7.15 pagi.
Secara keseluruhannya, program ini memberi banyak manfaat kepada warga Islam di SMK Taman Daya 2 dan diharap dapat diteruskan bersama penambahbaikan yang ada.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

Program Taalim / Tazkirah


 Taalim atau Tazkirah adalah salah satu dari kaedah utama bagi menyebar luaskan dakwah islamiah. Justeru, pihak Makdis dengan kerjasama AJK Surau Raudhatul Jannah telah menjalankan usaha yang aktif bagi memastikan program ini berjalan lancar pada setiap minggu. Tajuk bagi taalim dan tazkirah adalah bebas namun berkait rapat dengan kehidupan seharian warga pendidik dan pelajar SMK Taman Daya 2.
Objektif program ini diadakan adalah untuk menepati matlamat berikut :
a) Memupuk rasa cinta kepada ilmu pengetahuan
b) Merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga SMK Taman Daya 2
c) Mendidik para pelajar agar sentiasa berlumba-lumba mengerjakan amal kebaikan
d) Memupuk semangat dan potensi kepimpinan dalam kalangan pelajar
e) Membiasakan warga Islam SMK Taman Daya 2 dengan persekitaran ilmu Islam

Walau bagaimanapun, program ini juga mempunyai matlamat  utama iaitu meninggikan syiar islamiah. Biasanya, program ini dijalankan pada hari Jumaat bermula jam 7.30 pagi (sesi persekolahan pagi) dan jam 5.30 petang (sesi persekolahan petang). Setiap sesi berjalan selama 45 minit.
Antara tajuk yang disampaikan ialah Adab dan Akhlak, Al-Quran dan Hadis, Sirah Rasulullah saw, Isu-isu Semasa, Aurat dan Maruah serta Zina dan Pergaulan Bebas. Pengisian tazkirah pula terdiri daripada Asma al-Husna, Zikir Munajat, Tazkirah, Doa Selamat dan Tasbih Kifarah.
Program ini merupakan program teras yang dijalankan oleh Makdis sekolah. Semoga program ini dapat diteruskan dan sentiasa melakukan penambaikan pada masa kan datang.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

Solat Hajat Pelajar Tingkatan 3 dan 5


(Setiap hari Jumaat )

Solat Hajat khas untuk pelajar tingkatan 3 dan 5 diadakan pada setiap hari Jumaat, bertempat di Surau Raudhatul Jannah, SMK Taman Daya 2. Program ini merupakan anjuran bersama Makdis Sekolah dan Panitia Pendidikan Islam. Program ini bertujuan untuk memohon hajat agar dipermudahkan oleh Allah dalam menjawab peperiksaan kelak. Pelajar Islam berjaya melaksanakan solat hajat dengan sempurna sekaligus mendapat santapan rohani untuk ketenangan jiwa sebelum menduduki peperiksaan.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

07/03/2012

Tahniah kepada Surau Raudhatul Jannah SMK Taman Daya 2...

Sekalung tahniah dan syabas kepada Surau Raudhatul Jannah SMK
Taman Daya 2 kerana telah berjaya memenangi pertandingan
Musolla Al-Hakim peringkat negeri Johor 2011.



Kemenangan ini amat bererti bagi kami, seluruh warga SMK Taman
Daya 2 kerana telah berusaha bersungguh-sungguh dalam
memastikan surau Raudhatul Jannah terpilih sebagai johan.


Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya
kepada Pn Pengetua, Pn Hjh Jamiaah binti Kechut, dan
guru-guru Islam yang bertungkus-lumus memastikan surau
sekolah ini terpilih menerima anugerah ini.


Begitu juga dengan para pelajar Islam yang bersama-sama
membantu guru-guru yang terlibat menjaga kebersihan
dan mematuhi peraturan penggunaan surau Raudhatul Jannah.
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All right reserved by Raudhatul Jannah