02/02/2011

VISI DAN MISI SURAU RAUDHATUL JANNAH

Visi

Surau Raudhatul Jannah perkasa menjelang 2012


*************************************** 


Misi

 Kearah merealisasikan misi surau Raudhatul Jannah, kami warganya akan:

1.       *      Berusaha memantapkan kecemerlangan pengurusan surau.

2.       *      Berusaha memperkukuhkan sahsiah yang terpuji dalam kalangan 
                  pelajar Islam.

3.       *     Berusaha meningkatkan persekitaran surau sekolah yang 
                 kondusif.

4.       *      Berusaha mengamalkan pengurusan yang telus, tulus dan
                  berintegriti.

5.       *     Berusaha mengeratkan hubungan permuafakatan dengan komuniti 
                 setempat.


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

Sejarah Surau Raudatul Jannah

Surau SMKTD2 telah mula beroperasi di awal pembukaan sekolah lagi iaitu pada tanggal 6 Januari 2003, Majlis yang pertama kali diadakan di surau ialah Majlis Bacaan Yasin sempena pembukaan sekolah yang diketuai oleh Yang berbahagia Imam Masjid Kempas dengan dihadiri oleh para guru sekolah ini.

Namun pada tanggal 28hb April 2007, sempena sambutan Majlis Maulidur Rasul , surau ini telah dimasyhurkan dengan nama "Surau Raudhatul Jannah" secara rasminya dan disempurnakan oleh Puan Hajah Saadiah Bt Said, Pengetua Sek Men Keb Taman daya 2 pada masa itu.

Seindah  dengan namanya, Raudhatul Jannah yang membawa maksud Taman Syurga, diharap dapat terus menabur bakti dan jasanya kepada penghuni sekolah di dalam melahirkan warga sekolah yang berilmu dan bersahsiah tinggi.

Surau bukan sahaja berperanan sebagai tempat ibadat tetapi juga menjadi medan untuk menimba ilmu seperti majlis ilmu, ceramah, bengkel  dan sebagainya. Serta menjadi tempat menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan seperti aktiviti gotong royong, kelas-kelas agama, program amal dan sebagainya.

Sehubungan itu, demi mewujudkan surau ibarat Taman Syurga, pelbagai kemudahan dan perancangan demi kepentingan sekolah akan diwujudkan di surau ini. Diharap semua warga sekolah dapat menjaga dan menyayangi surau dengan sebaiknya.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All right reserved by Raudhatul Jannah