16/09/2014

Pemberian Duit dan Baju Raya & Bersalam-salaman

    Program Pemberian Duit dan Baju Raya & Bersalam-salaman telah berjaya dilaksanakan pada 23 Julai 2014. Program ini telah berjaya memberi peluang kepada para pelajar memohon ampun dan maaf daripada para guru. Antara objektif program :
  • memberi kegembiraan kepada para pelajar dengan pemberian duit dan baju raya.
  • memberi peluang kepada para guru dan pelajar bermaaf-maafan.
  • mengeratkan silaturahim dalam kalangan pelajar dan guru.

    Program ini telah mendapat kerjasama daripada kalangan pentadbir, para guru dan pelajar serta memberi peluang kepada para pelajar memohon ampun dan maaf daripada guru-guru. Semoga program ini dapat dapat diteruskan agar pelajar-pelajar dapat merasai kasih sayang daripada guru-guru sebelum berhari raya bersama keluarga masing-masing.

Senario sepanjang program berlangsung....


Beratur mengikut giliran untuk bermaaf-maafan bersama guru

Beratur mengikut giliran untuk bermaaf-maafan bersama guru

Bersalam-salaman memohon ampun dan maaf


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

Majlis Khatam Al-Quran & Berbuka Puasa

    Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa telah diadakan pada 21 Julai 2014 yang melibatkan semua warga Islam SMK Taman Daya 2. Antara objektif program :
  • menghargai dan mensyukuri nikmat Allah SWT.
  • merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga sekolah.
  • mendidik warga sekolah agar mengimarahkan bulan Ramadhan.
  • menggalakkan warga SMKTD2 agar bertadarus dan khatam al-Quran
  • menggalakkan budaya bersedekah di bulan Ramadhan. 

    Secara keseluruhan, program ini telah berjaya mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat kerjasama antara warga sekolah. Tambahan pula, program ini berjaya menggalakkan sifat prihatin dan pemurah dalam kalangan warga sekolah dalam membantu insan-insan yang kurang bernasib baik.

Senario sepanjang program berlangsung...


Majlis khatam al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Saiful Nizam


Majlis Tadarus al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Talhah


Jamuan berbuka puasa guru dan pelajar di kantin


Guru-guru bekerjasama dalam persediaan untuk majlis Khatam Quran dan Iftar





TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

Tadarus al-Quran dan Solat Dhuha / Hajat & Tadarus Perdana

    Program Tadarus al-Quran dan Solat Dhuha / Hajat & Tadarus Perdana telah diadakan pada sepanjang bulan Ramadhan yang melibatkan semua warga muslim SMK Taman Daya 2. Program ini dilaksanakan semasa waktu rehat pelajar setiap hari waktu persekolahan. 

    Melalui program ini, semua warga Islam SMKTD2 mendapat peluang untuk membaca al-Quran dan solat sunat. Program ini juga memberi didikan kepada semua warga Islam SMKTD2 agar dapat mengisi masa sepanjang bulan Ramadhan dengan perkara yang berfaedah sekali gus mengeratkan silaturahim dalam kalangan pelajar dan guru.

    Secara keseluruhan, program ini telah mendapat kerjasama dalam kalangan pentadbir, guru dan pelajar serta berjaya  memberi peluang kepada semua warga Islam SMKTD2 untuk melakukan ibadah sepanjang bulan Ramadhan. Program ini diharap dapat diteruskan agar semua warga Islam SMKTD2 dapat mengisi masa terluang dengan aktiviti yang berfaedah sekali gus menambahkan pahala di bulan yang mulia ini.

                          Senario sepanjang program berlangsung...


Tadarus al-Quran yang melibatkan semua pelajar Islam

Masa diisi dengan tadarus al-Quran


Tadarus Perdana oleh pelajar KAA


Tadarus Perdana oleh pelajar KAA








TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

Solat Tarawikh

    Solat Tarawikh telah diadakan pada 3 hingga 13 Ramadhan 1435H yang dihadiri oleh warga Islam SMK Taman Daya 2 dan juga masyarakat sekitar. Program ini bertujuan untuk :

  • memberi peluang kepada warga SMKTD2 dan masyarakat sekitar untuk menunaikan solat di Surau Raudhatul Jannah.
  • memberi pengalaman kepada semua warga SMKTD2 dan juga masyarakat sekitar untuk menunaikan solat tarawikh bersama-sama.
  • mengeratkan silaturahim dalam kalangan guru, pelajar dan masyarakat sekitar.
  • mengukuhkan kefahaman pelajar berkaitan dengan solat sunat tarawikh dan witir.

    Program ini telah mendapat kerjasama dalam kalangan pentadbir, guru dan pelajar serta berjaya memberi pengalaman  kepada warga Islam SMKTD2 dan masyarakat sekitar untuk solat tarawih bersama-sama secara berjemaah. Oleh itu, program ini diharap dapat diteruskan agar dapat mengeratkan silaturahim dengan masyarakat sekitar dan menghidupkan suasana Ramadhan di surau sekolah dengan solat tarawikh.


                                      Senario sepanjang program berlangsung...


Solat tarawih yang diimamkan oleh Ustaz Khairul Bin Latiff

Penduduk setempat juga bersama-sama bertarawih di surau sekolah

Jamuan moreh selepas menunaikan solat tarawikh yang disedekahkan oleh guru-guru


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

Semarak Ramadhan

    Program Semarak Ramadhan anjuran dari Unit Makdis SMK Taman Daya 2 telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Program ini telah dijayakan oleh semua warga pentadbir, pendidik dan pelajar muslim SMK Taman Daya 2. Antara objektif program ini adalah :
  • Untuk mendidik para pelajar agar menghargai dan mensyukuri nikmat Allah SWT
  • Untuk merapatkan hubungan silaturahim antara warga sekolah
  • Untuk mendidik warga SMKTD2 agar menghidupkan bulan Ramadhan
  • Untuk menggalakkan tadarus al-Quran dan khatam al-Quran
  • Untuk menggalakkan budaya menderma di bulan Ramadhan
    Antara aktiviti yang dijalankan adalah Tadarus al-Quran dan Solat Dhuha/Hajat, Tazkirah dan Kuiz Ramadhan, Tazkirah Nuzul al-Quran, Ziarah dan Kunjungan Qaseh, Majlis Khatam al-Quran, Majlis Berbuka Puasa, Tadarus Perdana, Pemberian duit raya dan Solat Tarawikh yang diadakan pada sepuluh hari pertama di bulan Ramadhan.

    Program ini telah berjaya dijalankan dan akan diteruskan pada masa akan datang agar semua warga Islam SMKTD2 dapat bersama-sama menambahkan pahala di bulan yang mulia ini.


    
    


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

Program Pelancaran Imam Remaja Peringkat Sekolah

    Majlis Pelancaran Imam Remaja Peringkat Sekolah telah diadakan pada 17 April 2014. Program ini bertujuan untuk melahirkan kelompok pelajar yang berbudi pekerti tinggi dan bersahsiah mulia. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membentuk generasi pelapis dalam kepimpinan agama dalam masyarakat dan mewujudkan sebuah kumpulan pelajar yang boleh dijadikan contoh serta teladan kepada pelajar yang lain.

    Program ini berjaya memperlihatkan bakat-bakat keagamaan yang ada pada calon imam remaja untuk dijadikan contoh kepada pelajar lain. Ia juga dapat meningkatkan lagi motivasi diri dan kesungguhan kepada calon imam remaja untuk menunjukkan contoh teladan yang baik kepada warga sekolah.

    Program ini berjalan dengan lancar kerana mendapat kerjasama yang sangat baik daripada pentadbir dan semua warga sekolah dan diharap dapat diteruskan agar dapat mencungkil bakat-bakat kepimpinan yang ada dalam diri pelajar.


                                  Senario sepanjang program berlangsung...       

Ucapan alu-aluan dan perasmian oleh Puan Hajah Zainab Binti Laimang, 
Pengetua SMK Taman Daya 2

Pengetua menyerahkan buku panduan dan tasbih kepada calon imam remaja

Calon-calon imam remaja membuat persembahan

Sesi bergambar semua barisan calon imam remaja bersama barisan  pentadbir sekolah






TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

16/03/2014

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah


Seekor lembu telah ditumbangkan untuk Sambutan Maulid  pada tahun ini


Para guru dan staf masing-masing bekerjasama menjayakan program ini.

Guru dan pelajar turut mengambil bahagian dalam acara rewang

Meriahnya acara rewang dengan kerjasama daripada semua guru


Kehadiran anak-anak yatim menyerikan lagi majlis ini




TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

Tahbibul Lughah 2014

Majlis Penutup Tahbibul Lughah 2014 Telah Diadakan Pada Hari Khamis 13 Mac 2014





`

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

MTQ Peringkat Zon Tiram

Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Dan Festival Nasyid Peringkat Zon Tiram Telah Diadakan Pada 8 Mac 2014 Di Smk Ulu Tiram. Peserta-Peserta Daripada Smk Taman Daya 2 Telah Mengambil Bahagian Dan Berikut Adalah Kedudukan Mereka. Peserta Tilawah Lelaki Mendapat Tempat Ketiga, Peserta Tilawah Perempuan Mendapat Tempat Ketiga, Peserta Berzanji Perempuan Mendapat Tempat Ketiga, Peserta Khat Lelaki Mendapat Tempat Ketiga Dan Peserta Nasyid Mendapat Tempat Tempat Ketiga


Alunan Nasyid dari SMKTD2


Memenangi Tempat ke 3  





TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

Asma Al Husna



ASMA-UL-HUSNA : FADHILAT SERTA KHASIATNYA


Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:
"ALLAH mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna itu." -(Surah Al-A'raf:180)

"Katakanlah: "Serulah ALLAH atau serulah AR-RAHMAN. Dengan nama yang mana saja kamu seru. Dia mempunyai al asmaul husna (nama-nama yang terbaik)
"Dialah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai al-asmaul-husna (nama-nama yang baik)"- (Surah Thaha:8)

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" - Riwayat Bukhari

Adapun ASMA-UL-HUSNA adalah merupakan nama-nama Allah s.w.t. yang terkandung didalam Al-Quran dimana pada tiap-tiap nama tersebut mengandungi khasiatnya masing-masing seperti kita akan ketahui dibawah ini:

ALLAHU                  Ertinya Yang mengeluarkan sekelian makhluk dari tiada menjadi ada.
KHASIATNYA:        
Barangsiapa yang menbacanya 5000 kali tiap-tiap hari, Insyaallah akan dimurahkan     rezekinya, dan jika dibaca 66 kali sampai 66 hari setelah sembahyang fardhu, maka akan menjadi sebutan orang besar dan mendapat kebaikan yang banyak.

AR RAHMAANU      Ertinya Kasihsayang kepada hambaNya didunia.
KHASIATNYA:        
 Barangsiapa yang mebacanya tiap-tiap selesai sembahyang fardu sebanyak 100 kali, Insyaallah ia akan terjaga dari sifat lupa dan lalai.

AR RAHIIMU           Ertinya Yang Kasihsayang kepada orang-orang mukmin pada hari Akhir
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah hatinya akan selalu mempunyai sifat kasih sayang akan sesama makhluk Allah s.w.t.

AL MALIKU             Ertinya Yang Mempunyai Kerajaan
KHASIATNYA:         
Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 121 kali kemudian daripada fajar atau tergelincirnya, Insyaallah akan dikayakan dengan sebab atau dengan pintu yang dibukakan Allah s.w.t. baginya.

AL QUDDUUSU      Ertinya Yang Maha Suci
KHASIATNYA:       
  Barangsiapa yang berzikir dengan khalimat ini pada tiap-tiap hari ketika tergelincir matahari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan menjadi bersih hatinya, dan barangsiapa yang berzikir 1000 kali, Insyaallah akan diselamatkan daripada bala.

AS SALAAMU          Ertinya Sejahtera daripada kekurangan
KHASIATNYA:        
 Apabila dibacakan kepada orang yang sakit kepala sebanyak 121 kali atau 136 kali dengan suara yang sekiranya dapat didengar oleh orang yang sakit dan dengan mengangkat  kedua belah tangan, Insyaallah akan disembuhkan dengan khalimatNya selama tidak datang ajalnya atau dikurangkan daripada sakitnya.

AL MU'MINU           Ertinya Yang Mengimamkan hambaNya
KHASIATNYA:         
Apabila dibacakan akan khalimat ini sebanyak 136 kali oleh orang yang merasa ketakutan akan sesuatu, maka ia akan merasa aman dari apa yang ditakutkannya, dan apabila dibaca oleh orang yang beriman, maka ia akan bertambah imannya.

AL MUHAIMINU     Ertinya Yang Sangat Menyintai dan Memelihara.
KHASIATNYA:         
Barangsiapa yang membacanya 100 kali setelah sembahyang sunat dua rakaat (terutama diwaktu tengah malam), Insyaallah akan dibersihkan zahir dan batinnya dan tetap bercahaya hatinya, dan barang siapa yang membacanya sebanyak 145 kali setelah sembahyang Isyak, Insyaallah akan kuat khafazhnya.

AL'AZIIZ                   Ertinya Yang Menyalahkan.
KHASIATNYA:         
Barangsiapa yang berzikir sebanyak 40 kali tiap-tiap hari selama 40 hari dan yang lebih baik dibaca setelah sembahyang Subuh, Insyaallah akan dikayakan dan dimuliakan olehAllah s.w.t. dan tidak dihajatkan dia kepada seseorang dari makhlukNya.

AL- JABBAARU      Ertinya Yang Sangat Gagah.
KHASIATNYA:        
 Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 206 kali atau 226 kali pada pagi dan petang, Insyaallah tidak akan boleh orang yang zalim dan Allah s.w.t. akan membalas bagi orang zalim itu siksa baginya.

AL MUTAKABBIRU Ertinya Yang Maha Besar.
KHASIATNYA:        
 Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 662 kali, Insyaallah orang yang takabur itu akan tunduk kepadanya.

AL KHAALIQU         Ertinya Yang Menciptakan MakhlukNya.
KHASIATNYA:         
Barangsiapa yang berzikir waktu tengah malam sebanyak 731 kali, Insyaallah akan diterangkan hatinya dan dirinya, dan barangsiapa yang kehilangan hartanya atau lama ditunggalkan orang yang dikasihinya, maka bacalah sebanyak 5000 kali, Insyaallah ia akan datang dengan perintah Allah s.w.t..

AL BAARI-U             Ertinya Yang Menerbitkan Makhluk.
KHASIATNYA:         
Barangsiapa yang berzikir  pada siang hari sebanyak 100 kali, Insyaallah ia akan selemat dari kebinasaan dan tidak akan merasa takut ia didalam kubur, dan barangsiapa yang apabila dibacanya pada malam hari selama 7 malam berturut-turut dan pada tiap-tiap malam dibaca 100 kali, Insyaallah akan disembuhkan segala penyakit dalam tangannya.

AL MUSHAWWIRU  Ertinya Yang Merupakan Makhluk.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang berzikir sebanyak 336 kali atau lebih, maka Insyaallah akan menjadi baik segala perbuatannya atau apa yang dikerjakannya.

AL GHAFFAARU     Ertinya Sangat Mengampuni.
KHASIATNYA:        
 Barangsiapa yang berzikir  100 kali sambil mengiringi sembahyang Jumaat, Insyaallah zahir baginya akan mendapat keampunan. 

AL QAHHAARU      Ertinya Yang Sangat Keras.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca tiap-tiap hari dan malam sebanyak 306 kali atau lebih, Insyaallah keluar dari hatinya cinta dunia dan kebesaran barang lain daripada Allah s.w.t. dan zahir baginya pertolongan Allah s.w.t. atas musuhnya, dan barangsiapa yang adanya hajat lalu berzikir 100 kali kemudian mengangkat kedua tangannya dan membuka akan kepalanya, Insyaallah ditunaikan hajatnya.

AL WAHHAABU      Ertinya Yang Sangat Memberi.
KHASIATNYA:        
 Barangsiapa yang kekal mewiridkannya tiap-tiap hari atau tiap-tiap selesai sembahyang fardhu yang lima waktu sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan dikabul dan hebat baginya kekayaan dan kebesarannya, dan barangsiapa mengekalkan membacanya pada akhir sujud sembahyang dhuha sebanyak 40 kali, Insyaallah dimudahkan baginya kekayaan yang mudah dan hebat.

AR RAZZAQU          Ertinya Yang Sangat Memberi Rezeki.
KHASIATNYA:        
 Barangsiapa yang mengekalkan membaca tiap-tiap hari 308 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya kepada raja dan pemerintah dan jika mengkehendaki akan dimarahinya itu, maka berhentilah berbetulan orang yang dituntut, dan apabila berzikir 17 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya dan barangsiapa yang berzikir sebanyak 20 hari berturut-turut dan tiap-tiap hari 20 kali pada pagi sebelum makan dan minum, Insyaallah akan diberikan padanya faham yang dalam dan sempurna.

AL FATTAHU         Ertinya Yang Membuka Khazanah Rahmat.
KHASIATNYA:       
  Apabila dibaca tiap-tiap selesai sembahyang Subuh sebanyak 71 kali dengan tangannya dihantarkan keatas dada, Insyaallah hatinya akan bersih dan bercahaya, dimudahkan segala pekerjaan dan keluar cinta dunia dari hatinya.

AL'ALIIMU               Ertinya Mengetahui.
KHASIATNYA:        
Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap setelah selesai sembahyang lima waktu sebanyak 100 kali, Insyaallah akan mendapatkan ilmu ma'rifat dan kasyaf serta iman yang sempurna.

AL QAABIDHU        Ertinya Yang Menggenggam, Menyempitkan Rezeki dan Menguranginya bagi seseorang yang disempitkan.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan terhindar dari pengancamnya.

AL BAASITHU         Ertinya Maha Melapangkan.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca selesai sembahyang dhuha 10 kali, Insyaallah akan diluaskan rezeki dan ilmunya.

AL KHAAFIDHU     Ertinya Yang Menurunkan.
KHASIATNYA:        
 Apabila diamalkan setiap hari dalam keadaan khusyuk dan bersih (berwuduk) sebanyak 500 kali pasti dijatuhkan martabat musuh atau lawan penentangnya serta dikabulkan hajatnya.

AR RAAFI'U             Ertinya Maha Mengangkat.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca setiap hari terutama pada malam hari sebanyak 70 kali, pasti hartanya akan dijaga dari pencuri, perompak, penipuan dan sebagainya.

AL MU'IZZU             Ertinya Maha Menang dan memberi kepada yang dikehendakiNya.
KHASIATNYA:         Untuk menumbuhkan kewibawaan orang banyak apabila dibaca setiap hari sebanyak 140 kali.

AL MUDZILLU         Ertinya Yang Merendahkan atau Menghinakan.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca sebanyak 75 kali kemudian sembahyang dan didalam sujud sebutkan namanya yang ditakuti itu, Insyaallah akan aman mereka daripadanya dan apabila dibaca 1000 kali pada tiap-tiap hari selama 7 hari, Insyaallah akan ditolakkan musuh daripadanya.

AS SAMII'U               Ertinya Maha Mendengar.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca 500 kali , setelah selesai sembahyang dhuha pada hari Khamis, maka doanya akan ditunaikan oleh Allah s.w.t. dan akan disembuhkan pendengarannya daripada penyakit tuli atau pendengarannya akan menjadi baik.

AL BASHIIRU          Ertinya Maha Melihat.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca sebelum sembahyang Jumaat dimulai sebanyak 100 kali pasti fikirannya akan bertambah cerdas dan hatinya akan terbuka.

AL HAKAMU            Ertinya Yang Menetapkan Hukum-hukum MakhlukNya.
KHASIATNYA:        
 Apabila dibaca setiap malam sunyi serta suci dari hadas dan najis sebanyak 68 kali, Insyaallah akan dijadikan hatinya tempat rahsia dan hikmah ilmu agama

AL'ADLU                  Ertinya Yang Maha Adil.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca setelah selesai sembahyang lima waktu 104 kali pasti ia akan menjadi pemutus hukum yang adil dan akan merasa tertarik hati orang lain kepadanya.

AL LATHIIFU          Ertinya Yang Maha Halus.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca sebanyak 129 kali atau 130 kali, Insyaallah usahanya atau perniagaannya akan maju dan akan merasa kejayaan dalam pekerjaannya.

AL KHABIIRU         Ertinya Yang Maha Mengetahui atau Waspada.
KHASIATNYA:        
Apabila dibaca selama 7 hari dan tiap-tiap hari sebanyak 812 kali, Insyaallah akan datang kepadanya rahmat dengan segala khabar yang dikehendaki.

AL HALIIMU            Ertinya Maha Penyayang dan Penyabar.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca sesudah sembahyang 5 waktu sebanyak 88 kali pasti ia akan dipelihara dari pangkatnya, jabatan atau kedudukannya.

AL'AZHIIMU            Ertinya Maha Agung.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca setiap hari sebanyak 12 kali maka Insyaallah penyakit akan segera sembuh dan akan terhindar dari kejahatan.

AL GHAFUURU      Ertinya Maha Pengampun.
KHASIATNYA:        
Barangsiapa menuliskan atas orang yang sakit demam bacalah sebanyak 3 kali, Insyaallah akan segera sembuhlah ia.

ASY SYAKUURU     Ertinya Yang Sangat Syukur.
KHASIATNYA:         
Apabila menuliskan sebanyak 40 kali oleh orang yang sesak nafas atau penat badan atau dhaif mata dan dihapuskannya dengan iri dan sapukan iri itu kepada badannya atau matanya dan diminumkan, Insyaallah akan mendapat berkat.

AL'ALIYYU               Ertinya Yang Maha Tinggi Martabatnya.
KHASIATNYA:         
Apabila ditulis pada kertas dan direndamkan pada segelas air (tulisannya sebanyak 110 kali) kemudian airnya diminumkan kepada anak kecil, Insyaallah dia akan menjadi anak yang cerdas dan pandai.

AL KABIIRU            Ertinya Yang Maha Besar.
KHASIATNYA:        
 Apabila dibaca dalam masa 7 hari sesudah melakukan sembahyang hajat sebanyak 1000 kali setiap malam, Insyaallah akan dikembalikan lagi jabatannya, pekerjaannya selama bukan dipecat kerana kecurangan atau kerana makan hasil rasuah dan lain-lain.

AL HAFIIZHU        Ertinya Yang Maha Memelihara.
KHASIATNYA:       
 Untuk menjaga keselamatan diri dari binatang buas atau dari hantu malam, dibaca sebanyak 99 kali pasti akan diselamatkan dan terhindar daripada segala gangguan tersebut diatas.

AL MUQI ITU           Ertinya Yang menjadikan makanan.
KHASIATNYA:        
 Untuk melepaskan rasa haus dan lapar dibaca selama terkena penderitaan itu (bacalah sebanyak-banyaknya) Insyaallah akan sembuh.

AL HASIIBU             Ertinya Yang Menghisab atau Menghitung.
KHASIATNYA:        
 Untuk menguatkan jabatan atau pekerjaan yang dipegangnya apabila dibaca setiap selesai sembahyang Subuh atau sebelum terbit matahari dan petang (sesudah sembahyang Maghrib), Insyaallah akan dijaga kedudukannya/jabatannya atau pekerjaannya. Bacalah sebanyak 777 kali.

AL JALIILU               Ertinya Yang Maha Agung dan Mulia.
KHASIATNYA:        
Apabila dibaca setiap pagi (jam 2.30 pagi) sebanyak 73 kali pasti usahanya, pekerjaannya atau kedudukannya akan meningkat dengan sangat menghairankan.

AL KARIIMU            Ertinya Mulia atau Yang Maha Pemurah.
KHASIATNYA:         
Barangsiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap kali hendak tidur sebanyak 270 kali atau lebih, maka Insyaallah akan mendapat kemurahan dan kemuliaan dunia akirat.

AR RAQIIBU            Ertinya Yang Maha Mengamati/Mengintai
KHASIATNYA:        
 Apabila dibaca sebanyak 50 kali pada setiap hari, Insyaallah segala harta dan barangnya akan aman dari kecurian dan lain-lain.

AL MAJIIBU             Ertinya Yang Memperkenankan.
KHASIATNYA:        
 Apabila dibaca setelah selesai sembahyang Subuh setiap hari sebanyak 55 kali, Insyaallah semua hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t.

AL WAASI'U             Ertinya Maha Luas KepunyaanNya.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 128 kali pasti dilepaskan kesulitannya dan dipelihara dari orang yang hasad.

AL HAKIIMU            Ertinya Yang Maha Bijaksana
KHASIATNYA:          
Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 300kali, insyaallah akan menjadi cerdas akal fikirannya sehingga dengan mudah akan menerima ilmu-ilmu apapun.

AL WADUUDU         Ertinya Maha Mencintai orang-orang yang beriman
KHASIATNYA:        
 Apabila dibaca setiap malam sebanyak 11,000 kali pasti akan dikabulkan segala hajatnya dan akan dicintai orang dan mententeramkan keluarga dalam rumahtangga.

AL MAJIIDU             Ertinya Yang Maha Mulia dan Maha Luhur.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca sebanyak 99 kali, Insyaallah semuanya akan terasa aman dan tenteram semua anggota keluarganya.

AL BAA'ITSU           Ertinya Maha membangkitkan makhlukNya dihari kemudian.
KHASIATNYA:        
 Apabila dibaca sebanyak 100 kali dengan tangan diletakkan didada, pasti Allah s.w.t.. akan memberinya lapang ilmu dan hikmah. 

ASY SYAHIIDU        Ertinya Maha Menyaksikan.
KHASIATNYA:        
 Apabila dibaca setiap malam sebanyak 319 kali pasti akan menyedarkan orang atau keluarga selalu menentangnya atau membangkang.

AL HAQQU               Ertinya Maha Besar.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca setiap hari, maka Insyaallah keimanannya akan semakin bertambah.

AL WAKIILU            Ertinya Maha Melaksanakan Urusan MakhlukNya.
KHASIATNYA:        
 Dapat menjaga ketakutan daripada marabahaya seperti bencana banjir, angin ribut, gempa bumi dan lain-lain. Maka banyak-banyaklah membaca khalimah ini dan juga apabila dibaca pada tiap-tiap hari atau malam sebanyak 66 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan baginya pintu kebaikan dan rezekinya.

AL QAWIYYU           Ertinya Yang Maha Kuat.
KHASIATNYA:        
 Apabila dizalimi orang, maka bacalah sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dilepaskan ia daripadanya.

AL MATIINU            Ertinya Maha Sempurna KekuatanNya.
KHASIATNYA:         
Untuk mengembalikan kekuatan terutama diwaktu dalam pertempuran, dibaca sebanyak-banyaknya (keduanya AL QAWIYYU dan AL QAWIYYU), Insyaallah kekuatan akan pulih seperti semula.

AL HAMIIDU            Ertinya Yang Terpuji.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca setelah selesai sembahyanh Maghrib dan Subuh sebanyak 62 kali, Insyaallah segala perkataan dan perbuatannya akan selalu terpuji.

AL MUHSHII            Ertinya Yang Memperhitungkan setiap amal makhlukNya, dan Membalasnya.
KHASIATNYA:        
 Apabila dibacakan 20 kali kepada roti atau makanan lainnya kemudian kepada orang yang dikehendakinya,Insyaallah ia akan tunduk.

AL MUBDI-U            Ertinya Yang Menzahirkan MakhlukNya.
KHASIATNYA:         
Untuk menjayakan segala yang dirancangkan, dibaca setiap hari sebanyak 470 kali, Insyaallah apa yang direncanakan itu akan terwujud atau berhasil dengan baik.

AL MU'IIDU             Ertinya Yang Mengembalikan.
KHASIATNYA:         
Untuk mengembalikan atau mencari sesuatu yang hilang, dibaca setiap sebelum sembahyang fardhu lima waktu sebanyak 124 kali, Insyaallah dengan kehendak dan izin Allah s.w.t. akan kembali lagi.

AL MUHYI                 Ertinya Yang Menghidupkan.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca setiap hari sebanyak 58 kali, pasti akan memperolehi kemuliaan dan mengingkat darjatnya berkat nama yang dibaca.

AL MUMIITU            Ertinya Yang Mematikan.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca sebanyak 490 kali atau lebih, maka Insyaallah akan dapat menundukkan nafsu dan akan berbuat taat.

AL HAYYU                Ertinya Yang Hidup.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca sebanyak 300,000 kali, Insyaallah akan terhindar dari penyakit.

AL QAYYUUM          Ertinya Yang Berdiri Sendiri.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca keduanya (Ya Hayyu Ya Qayyuum) setiap hari diwaktu malam yang sunyi sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dikabulkan hajatnya dan akan menjadi hartawan dan dermawan serta disenangi kawan dan disegani lawan juga besar kewibawaannya.

AL WAAJIDU            Ertinya Zat yang menemukan apa yang Dia kehendaki.
KHASIATNYA:         Untuk menumbuhkan kepercayaan pada diri sendiri.

AL MAAJIDU            Ertinya Maha Agung dan Mulia.
KHASIATNYA:       
  Apabila dibaca  sebanyak 400 kali tiap-tiap pagi dan petang maka akan terang hatinya.

AL WAAHIDU          Ertinya Mendapat apa yang dikehendakiNya.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca setiap ba'da sembahyang lima waktu sebanyak 190 kali dalam masa satu bulan dan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, Insyaallah segala hajatnya akan dikabulkan dan akan diberi keturunan.

ASH SHAMADU       Ertinya Tempat bergantung bagi semua makhlukNya.
KHASIATNYA:         Untuk memohon apa saja yang dihajatkan. Dibacakan sebanyak 313 kali dalam waktu tiga hari (disertai puasa selama tiga hari juga),Insyaallah akan dikabulkan segala macam hajatnya.

AL QAADIRU           Ertinya Maha Kuasa atas segala sesuatu.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca sebanyak 200 kali setelah melaksanakan sembahyang sunat dua rakaat ketika dalam keadaan dha'ir, Insyaallah akan mendapat kekuatan.

AL MUQTADIRU     Ertinya Yang Sangat Kuasa.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca 100 kali setelah bangun tidur, Insyaallah ia akan mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t.

AL MUQADDIMU    Ertinya Zat yang mendahulukan.
KHASIATNYA:         
Untuk menyegarakan apa yang diinginkan, dibaca setiap hari sebanyak 184 kali pasti dengan cepat tercapai apa yang diinginkannya dan barangsiapa yang mewiridkan / membacakan ketika masuk kemedan perang, Insyaallah tidak akan mendapat kemudhratan.

AL MUAKHHIRU    Ertinya Zat yang mengakhirkan.
KHASIATNYA:         
Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan pintu taufiq dan taubat baginya.

AL AWWALU           Ertinya Yang terdahulu dengan tiada permulaan.
KHASIATNYA:         
Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 37 kali, Insyaallah akan dikabulkan hajatnya.

AL AKHIIRU             Ertinya Yang kemudian dan tiada berkesudahan.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca  setiap selesai sembahyang Isyak sebanyak 1000 kali, Insyaallah hatinya akan bersih dan bertambah kebaikan diakhir umurnya.

AZH ZHAHIIRU       Ertinya Maha Nyata.
KHASIATNYA:         Agar terbukanya segala ilmu, dibaca setiap ba'da sembahyang fardu sebanyak 1106 kali dalam masa satu bulan, pasti akan mendapat ilmu-ilmu yang jarang dimiliki oleh orang biasa.

AL BAATHINU        Ertinya Zat yang Maha Ghaib.
KHASIATNYA:       
  Untuk ilmu yang jarang dimiliki oleh manusia baisa, dibaca setiap ba'da sembahyang fardu lima waktu sebanyak 30 kali, pasti akan dikabulkan ilmu-ilmu yamg jarang dimiliki oleh manusia.

AL WAALIYY           
 Ertinya Maha menguasai dan mengurus semua urusan makhlukNya.
KHASIATNYA:        
 Agar terbuka hatinya, dibaca setiap pagi dan petang sebanyak-banyaknya, pasti hatinya akan terbuka atau futuh.

AL MUTA'AALII      Ertinya Yang Maha Tinggi.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca tiap-tiap hari siang atau malam sebanyak 541 kali, Insyaallah ia akan mendapat hasil yang baik dan mendapat darjat yang lebih tinggi.

ALBARRU                Ertinya Yang Maha Berbuat Baik.
KHASIATNYA:        Untuk memudahkan apa saja yang diinginkannya, dengan dibaca sebanyak-banyaknya.

AT TAWWAABU      Ertinya Maha Menerima Taubat.
KHASIATNYA:         Untuk mengembalikan kejalan yang lurus, dibaca setiap saat, Insyaallah akan berhasil segala apa yang diinginkan.

AL MUNTAQIMU     Ertinya Zat yang berhak membalas setiap perbuatan dosa dengan azabNya.
KHASIATNYA:         Untuk menolak perbuatan aniaya dari orang zalim, dibacanya sesuadah sembahyang fardu lima waktu sebanyak-banyaknya.

AL 'AFUWWU           Ertinya Yang memberi maaf.
KHASIATNYA:         Baca sebanyak-banyaknya setiap saat supaya disenangi manusia yang kenal padanya.

AL MAALIKUL MULKI               Ertinya Zat yang mempunyai kekuasaan.
KHASIATNYA:        
 Untuk mengawetkan pekerjaan atau mempertahankan jabatan atau kedudukannya, dibaca setelah selesai sembahyang fardu lima waktu ditengah malam sebanyak 212 kali, Insyaallah akan dijaga dari penjahat yang hasad padanya dalam hal pekerjaan, jabatan atau kedudukan.

DZUL JALAALI wal IKRAAMI    Ertinya Zat yang mempunyai Ketinggian Kemuliaan yang Sempurna.
KHASIATNYA:         
Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 65 kali dalam masa satu bulan, Insyaallah akan dipenuhi segala hajatnya.

AL MUQSITHU        Ertinya Yang sangat Adil.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca 209 kali atau lebih, Insyaallah akan terpelihara dari was-was syaitan laknatullah dalam ibadah.   

AL JAAMI'U             Ertinya Yang Mengumpulkan.
KHASIATNYA:        
 Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali, Insyaallah akan dikumpulkan segala maksudnya.

AL GHANIYYU        Ertinya Yang Maha Kaya.
KHASIATNYA:         
Apabila dibacakan pada orang yang sakit atau mendapat bala dirinya dan orang lain sebanyak 1060 kali, Insyaallah akan segera sembuh dari penyakitnya.

AL MUGHNII           Ertinya Zat yang memberi kekayaan.
KHASIATNYA:        
 Apabila dibaca pada tiap-tiap hari sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan memjadi kaya berkat kurniaan Allah s.w.t.

AL MAANI ' U          Ertinya Yang menolak bahaya dan lain-lain.
KHASIATNYA:         
Untuk menolak perlakuan orang jahat dan orang zalim. dibacakan setiap ba'da sembahyang sunat Subuh (sebelum fardu Subuh) sebanyak 161 kali, Insyaallah akan selamat dari perbuatan mereka itu.

ADH DHAARU        Ertinya Yang menyampaikan mudharat.
KHASIATNYA:         
Untuk menyembuhkan penyakit (yang bertahun-tahun tidak dapat disembuhkan) asma ini dibaca setiap hari sebamyak 1001 kali, Insyaallah dengan izin dan kehendak Allah s.w.t. penyakit tersebut akan segera sembuh.

AN NAAFI ' U          Ertinya Yang memberi manfaat.
KHASIATNYA:         
Untuk menyembuhkan penyaklit dan menghilangkan kesusahan, asma ini dibaca setiap hari, Insyaallah akan berhasil. Juga barangsiapa yang berzikir dengan hati ketika jimak dengan isterinya, Insyaallah isterinya itu akan menaruh belas kasihan yang sangat dalam dan akan diberi anak yang soleh.

AN NUURU              Ertinya Yang menerangi.
KHASIATNYA:         
Apabila dibaca pada tiap-tiap hari siang atau malam, Insyaallah akan diterangkan hatinya dan anggotanya.

AL BADII ' U            Ertinya Yang menciptakan yang belum wujud sebelumnya.
KHASIATNYA:         
Untuk tercapai apa yang telah direncanakannya asma ini dibaca setiap ba'da sembahyang fardu sebanyak 500 kali, pasti akan berjaya apa yang direncanakan.

AL BAAQII               Ertinya Maha Kekal.
KHASIATNYA:         Untuk mengawtkan pekerjaan atas usahanya, baca asma ini setiap saat banyak-banyak, pasti pekerjaannya awet (kekal), jauh dari kerugian dan kejatuhan jumlah, Insyaallah.
AL WAARITSU        Ertinya Yang kembali kepadaNya sekali makhluk.
KHASIATNYA:         Asma ini untuk memajukan usaha apabila dibaca setiap  malam sebanyak 707 kali, Insyaallah usaha akan maju.

AR RASYIIDU           Ertinya Yang Memberi Petunjuk.
KHASIATNYA:         Untuk menambah kecerdasan berfikir, asma ini dibaca setiap pagi dan petang.

AS SABUURU           Ertinya Sangat Sabar.
KHASIATNYA:         
Barangsiapa yang berzikir sebanyak 100 kali pada tiap-tiap hari sebelum tebit matahari, Insyaallah ia tidak akan dapat bala pada hari itu, juga untuk membangun jiwa besar dan sabar dalam menghadapi segala urusan asma ini dibaca setiap saat terutama dalam menghadapi segala kesulitan masalah apa saja, pasti segala urusan akan berhasil dengan baik.


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All right reserved by Raudhatul Jannah