03/10/2012

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA PMR & SPM 2012


Islam adalah agama yang cukup indah, menyeluruh dan unik. Hal ini kerana Allah S.W.T mencipta Islam bersesuaian dengan fitrah semulajadi manusia. Allah Taala mempelawa kepada semua makhluknya agar sentiasa berdoa dan bergantung harap kepadanya dalam apa jua urusan kita.Sehubungan dengan itu Makdis dengan kerjasama Masjid An Najah Taman Daya telah menganjurkan Majlis Solat Hajat Perdana bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki PMR & SPM bagi tahun 2012.

Antara Objektif program ini diadakan :
1) Mendidik para pelajar agar sentiasa bergantung kepada Allah dalam semua urusan hidup.
2) Merapatkan hubungan silaturrahim antara warga SMKTD2 dan ibubapa pelajar sekolah.
3) Menjalankan aplikasi solat Hajat secara praktikal kepada calon-calon PMR & SPM.
4) Memohon kepada Allah agar memberikan ketenangan dan kejayaan cemerlang kepada semua calon PMR & SPM 2012.

Pendaftaran pelajar dan ibubapa bermula pada jam 6.30 petang , diikuti dengan solat maghrib berjemaah , bacaan Yasin dan doa selamat. Majlis diteruskan dengan Solat Isyak berjemaah , Solat Hajat dan disusuli dengan ucapan Pengerusi Majlis, ucapan Pengerusi Masjid An Najah dan Ucapan Perasmian Penutup oleh Puan Hajjah Jamiaah bt Kechut; Pengetua SMK Taman Daya 2.Majlis diakhiri dengan jamuan ringan.

Warga SMKTD 2 sentiasa mendoakan agar calon-calon PMR & SPM berjaya dengan cemerlang dalam Peperiksaan PMR & SPM.

Bit Taufiq wan Najah................
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All right reserved by Raudhatul Jannah