Majlis Khatam
Al-Quran dan Berbuka Puasa telah diadakan pada 21 Julai 2014 yang melibatkan semua warga Islam SMK Taman Daya 2. Antara objektif program :
- menghargai dan mensyukuri nikmat Allah SWT.
- merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga sekolah.
- mendidik warga sekolah agar mengimarahkan bulan Ramadhan.
- menggalakkan warga SMKTD2 agar bertadarus dan khatam al-Quran
- menggalakkan budaya bersedekah di bulan Ramadhan.
Secara keseluruhan, program ini telah berjaya
mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat kerjasama antara warga sekolah. Tambahan pula, program ini berjaya
menggalakkan sifat prihatin dan pemurah dalam kalangan warga sekolah dalam
membantu insan-insan yang kurang bernasib baik.
Senario sepanjang program berlangsung...
 |
Majlis khatam al-Quran yang
dipimpin oleh Ustaz Saiful Nizam |
 |
Majlis Tadarus al-Quran yang dipimpin oleh
Ustaz Talhah |
 |
Jamuan berbuka puasa guru dan pelajar di
kantin |
 |
Guru-guru bekerjasama dalam persediaan untuk
majlis Khatam Quran dan Iftar |
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI