Solat Tarawikh telah diadakan pada 3 hingga 13 Ramadhan 1435H yang dihadiri oleh warga Islam SMK Taman Daya 2 dan juga masyarakat sekitar. Program ini bertujuan untuk :
- memberi peluang kepada warga SMKTD2 dan masyarakat sekitar untuk menunaikan solat di Surau Raudhatul Jannah.
- memberi pengalaman kepada semua warga SMKTD2 dan juga masyarakat sekitar untuk menunaikan solat tarawikh bersama-sama.
- mengeratkan silaturahim dalam kalangan guru, pelajar dan masyarakat sekitar.
- mengukuhkan kefahaman pelajar berkaitan dengan solat sunat tarawikh dan witir.
Program ini telah mendapat kerjasama dalam kalangan pentadbir, guru dan pelajar serta berjaya
memberi pengalaman kepada warga Islam
SMKTD2 dan masyarakat sekitar untuk solat tarawih bersama-sama secara berjemaah. Oleh itu, program ini diharap dapat
diteruskan agar dapat mengeratkan silaturahim dengan masyarakat sekitar dan
menghidupkan suasana Ramadhan di surau sekolah dengan solat tarawikh.
Senario sepanjang program berlangsung...
Senario sepanjang program berlangsung...
![]() |
Solat tarawih yang diimamkan oleh Ustaz Khairul Bin Latiff |
![]() |
Penduduk setempat juga bersama-sama bertarawih di surau sekolah |
![]() |
Jamuan moreh selepas menunaikan solat tarawikh yang disedekahkan oleh guru-guru |