24/08/2011

Program Ziarah Kasih Ramadhan

Pada 23hb Ogos 2011 bersamaan 23 Ramadhan 1532H ,  MAKDIS, Panitia Pendidikan Islam, Panitia Tasawwur dan Panitia Bahasa Arab telah mengadakan majlis Ziarah Kasih Ramadhan.

Program Ziarah Kasih Ramadhan adalah merupakan sub-program bagi program Semarak Ramadhan bagi tahuj 2011. Ia merupakan program yang dirangka khusus bagi mengeratkan hubungan dengan pelajar-pelajar miskin dan anak-anak yatim yang bersekolah  di SMK Taman Daya 2.

Kutipan dana dibuat bermula awal Ramadhan lagi. Sumbangan dalam  bentuk barangan dan juga wang yang diperoleh dari ibu bapa, guru, staf dan syarikat persendirian.

Dengan adanya program sebegini, MAKDIS berharap dapat membantu keluarga pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dalam menghadapi hari raya yang akan menjelang tidak lama lagi.

Wassalam
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All right reserved by Raudhatul Jannah