01/10/2011

Majlis Solat Hajat PMR dan SPM

Pada 29hb September 2011 yang lalu, MAKDIS  telah mengadakan majlis solat Hajat PMR dan SPM di surau Raudhatul Jannah.

Solat hajat ini telah dijalankan sebelum pelajar-pelajar PMR menduduki peperiksaan pada 4hb Oktober hingga 11hb Oktober 2011.

Tujuan solat hajat ini diadakan adalah untuk mendoakan agar para pelajar di sekolah ini dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang dan seterusnya  mencapai kejayaan yang cemerlang.

Selain itu juga, majlis solat hajat ini diadakan agar sekolah dalam keadaan yang tenang dan dijauhkan daripada mala petaka yang tidak diingini.

Solat hajat ini telah dijayakan oleh pelajar-pelajar tingkatan tiga dan pelajar tingkatan lima yang akan menduduki PMR dan SPM. Disamping itu juga, solat hajat ini  telah disertai oleh ibu dan bapa para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan. Penyertaan ibu bapa ini amat penting untuk memastikan  mereka perihatin dengan keadaan anak-anak mereka yang akan menghadapi peperiksaan.

MAKDIS SMKTD2 berdoa agar  para pelajar sekolah ini akan memperoleh kejayaan yang membanggakan..

Amin..

Wassalam
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All right reserved by Raudhatul Jannah