PROGRAM TAHBIBUL LUGHAH
22 Mac 2013
Tahbibul Lughah bermaksud
mencintai bahasa. Ia merujuk kepada satu program yang dirangka khusus kepada
para pelajar kelas aliran agama (KAA) bagi memupuk kecintaan mereka kepada
bahasa terutama bahasa Arab.
Objektif program ini diadakan adalah untuk
menepati matlamat berikut :
a) Memupuk rasa cinta kepada bahasa Arab yang
merupakan bahasa Al-Quran.
b) Merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan
warga SMK Taman Daya 2.
c) Mendidik para pelajar agar sentiasa
berlumba-lumba mengerjakan amal kebaikan.
d) Memupuk semangat dan potensi kepimpinan dalam
kalangan pelajar.
e) Membiasakan warga Islam SMK Taman Daya 2 dengan
persekitaran ilmu Islam.
Program ini juga mempunyai
matlamat utama iaitu mencintai bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran. Program ini
merupakan anjuran Pengurusan Kelas Aliran Agama (KAA) dan kerjasama Surau Raudhatul
Jannah. Sepanjang program ini dijalankan, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan
seperti kuiz bahasa Arab, Nasyid, Hiwar, Hafazan dan memperkenalkan perkataan
Arab semasa perhimpunan.
Secara keseluruhan, program ini
mendapat sambutan yang menggalakkan dan meninggalkan impak yang positif kepada
para pelajar KAA khasnya dan warga sekolah amnya.