KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
Kursus Pengurusan Jenazah telah diadakan pada 21 Jun 2013 di Surau Raudhatul Jannah, SMKTD2. Program ini dilaksanakan untuk semua pelajar Islam tingkatan 3. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang kaedah pengurusan jenazah dan mendedahkan kepada pelajar hakikat kematian dalam kehidupan. Selain itu, ia juga memberikan pengalaman kepada pelajar untuk menguruskan jenazah. Secara tidak langsung, program ini dapat mengukuhkan kefahaman pelajar berkaitan silibus pengurusan jenazah. Program
ini telah berjaya memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar cara-cara mengurus
jenazah dan mendapat
kerjasama dalam kalangan pentadbir, guru-guru dan pelajar-pelajar.
|
Ustaz Talhah menerangkan keperluan untuk mengkafankan jenazah |
|
Ustaz Talhah memberi penerangan cara-cara memandikan mayat |
|
Jenazah dibalutkan dengan kain kafan |
|
Jenazah sempurna dikafankan |
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI