Program Tadarus al-Quran dan Solat Dhuha / Hajat & Tadarus Perdana telah diadakan pada sepanjang bulan Ramadhan yang melibatkan semua warga muslim SMK Taman Daya 2. Program ini dilaksanakan semasa waktu rehat pelajar setiap hari waktu persekolahan.
Melalui program ini, semua warga Islam SMKTD2 mendapat peluang untuk membaca al-Quran dan solat sunat. Program ini juga memberi didikan kepada semua warga Islam SMKTD2 agar dapat mengisi masa sepanjang bulan Ramadhan dengan perkara yang berfaedah sekali gus mengeratkan silaturahim dalam kalangan pelajar dan guru.
Secara keseluruhan, program
ini telah mendapat kerjasama dalam kalangan pentadbir, guru dan pelajar serta berjaya memberi peluang kepada semua warga Islam SMKTD2 untuk
melakukan ibadah sepanjang bulan Ramadhan. Program
ini diharap dapat diteruskan agar semua warga Islam SMKTD2 dapat mengisi masa
terluang dengan aktiviti yang berfaedah sekali gus menambahkan pahala di bulan
yang mulia ini.
Senario sepanjang program berlangsung...
Tadarus al-Quran yang melibatkan semua pelajar Islam |
Masa diisi dengan tadarus al-Quran |
Tadarus Perdana oleh pelajar KAA |
Tadarus
Perdana oleh pelajar KAA |