16/09/2014

Solat Tarawikh

    Solat Tarawikh telah diadakan pada 3 hingga 13 Ramadhan 1435H yang dihadiri oleh warga Islam SMK Taman Daya 2 dan juga masyarakat sekitar. Program ini bertujuan untuk :

  • memberi peluang kepada warga SMKTD2 dan masyarakat sekitar untuk menunaikan solat di Surau Raudhatul Jannah.
  • memberi pengalaman kepada semua warga SMKTD2 dan juga masyarakat sekitar untuk menunaikan solat tarawikh bersama-sama.
  • mengeratkan silaturahim dalam kalangan guru, pelajar dan masyarakat sekitar.
  • mengukuhkan kefahaman pelajar berkaitan dengan solat sunat tarawikh dan witir.

    Program ini telah mendapat kerjasama dalam kalangan pentadbir, guru dan pelajar serta berjaya memberi pengalaman  kepada warga Islam SMKTD2 dan masyarakat sekitar untuk solat tarawih bersama-sama secara berjemaah. Oleh itu, program ini diharap dapat diteruskan agar dapat mengeratkan silaturahim dengan masyarakat sekitar dan menghidupkan suasana Ramadhan di surau sekolah dengan solat tarawikh.


                                      Senario sepanjang program berlangsung...


Solat tarawih yang diimamkan oleh Ustaz Khairul Bin Latiff

Penduduk setempat juga bersama-sama bertarawih di surau sekolah

Jamuan moreh selepas menunaikan solat tarawikh yang disedekahkan oleh guru-guru


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

Semarak Ramadhan

    Program Semarak Ramadhan anjuran dari Unit Makdis SMK Taman Daya 2 telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Program ini telah dijayakan oleh semua warga pentadbir, pendidik dan pelajar muslim SMK Taman Daya 2. Antara objektif program ini adalah :
  • Untuk mendidik para pelajar agar menghargai dan mensyukuri nikmat Allah SWT
  • Untuk merapatkan hubungan silaturahim antara warga sekolah
  • Untuk mendidik warga SMKTD2 agar menghidupkan bulan Ramadhan
  • Untuk menggalakkan tadarus al-Quran dan khatam al-Quran
  • Untuk menggalakkan budaya menderma di bulan Ramadhan
    Antara aktiviti yang dijalankan adalah Tadarus al-Quran dan Solat Dhuha/Hajat, Tazkirah dan Kuiz Ramadhan, Tazkirah Nuzul al-Quran, Ziarah dan Kunjungan Qaseh, Majlis Khatam al-Quran, Majlis Berbuka Puasa, Tadarus Perdana, Pemberian duit raya dan Solat Tarawikh yang diadakan pada sepuluh hari pertama di bulan Ramadhan.

    Program ini telah berjaya dijalankan dan akan diteruskan pada masa akan datang agar semua warga Islam SMKTD2 dapat bersama-sama menambahkan pahala di bulan yang mulia ini.


    
    


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

Program Pelancaran Imam Remaja Peringkat Sekolah

    Majlis Pelancaran Imam Remaja Peringkat Sekolah telah diadakan pada 17 April 2014. Program ini bertujuan untuk melahirkan kelompok pelajar yang berbudi pekerti tinggi dan bersahsiah mulia. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membentuk generasi pelapis dalam kepimpinan agama dalam masyarakat dan mewujudkan sebuah kumpulan pelajar yang boleh dijadikan contoh serta teladan kepada pelajar yang lain.

    Program ini berjaya memperlihatkan bakat-bakat keagamaan yang ada pada calon imam remaja untuk dijadikan contoh kepada pelajar lain. Ia juga dapat meningkatkan lagi motivasi diri dan kesungguhan kepada calon imam remaja untuk menunjukkan contoh teladan yang baik kepada warga sekolah.

    Program ini berjalan dengan lancar kerana mendapat kerjasama yang sangat baik daripada pentadbir dan semua warga sekolah dan diharap dapat diteruskan agar dapat mencungkil bakat-bakat kepimpinan yang ada dalam diri pelajar.


                                  Senario sepanjang program berlangsung...       

Ucapan alu-aluan dan perasmian oleh Puan Hajah Zainab Binti Laimang, 
Pengetua SMK Taman Daya 2

Pengetua menyerahkan buku panduan dan tasbih kepada calon imam remaja

Calon-calon imam remaja membuat persembahan

Sesi bergambar semua barisan calon imam remaja bersama barisan  pentadbir sekolah






TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All right reserved by Raudhatul Jannah