16/03/2012

Program Taalim / Tazkirah


 Taalim atau Tazkirah adalah salah satu dari kaedah utama bagi menyebar luaskan dakwah islamiah. Justeru, pihak Makdis dengan kerjasama AJK Surau Raudhatul Jannah telah menjalankan usaha yang aktif bagi memastikan program ini berjalan lancar pada setiap minggu. Tajuk bagi taalim dan tazkirah adalah bebas namun berkait rapat dengan kehidupan seharian warga pendidik dan pelajar SMK Taman Daya 2.
Objektif program ini diadakan adalah untuk menepati matlamat berikut :
a) Memupuk rasa cinta kepada ilmu pengetahuan
b) Merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga SMK Taman Daya 2
c) Mendidik para pelajar agar sentiasa berlumba-lumba mengerjakan amal kebaikan
d) Memupuk semangat dan potensi kepimpinan dalam kalangan pelajar
e) Membiasakan warga Islam SMK Taman Daya 2 dengan persekitaran ilmu Islam

Walau bagaimanapun, program ini juga mempunyai matlamat  utama iaitu meninggikan syiar islamiah. Biasanya, program ini dijalankan pada hari Jumaat bermula jam 7.30 pagi (sesi persekolahan pagi) dan jam 5.30 petang (sesi persekolahan petang). Setiap sesi berjalan selama 45 minit.
Antara tajuk yang disampaikan ialah Adab dan Akhlak, Al-Quran dan Hadis, Sirah Rasulullah saw, Isu-isu Semasa, Aurat dan Maruah serta Zina dan Pergaulan Bebas. Pengisian tazkirah pula terdiri daripada Asma al-Husna, Zikir Munajat, Tazkirah, Doa Selamat dan Tasbih Kifarah.
Program ini merupakan program teras yang dijalankan oleh Makdis sekolah. Semoga program ini dapat diteruskan dan sentiasa melakukan penambaikan pada masa kan datang.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All right reserved by Raudhatul Jannah