16/03/2012

Program Bacaan Yaasin dan Tahlil Surau Raudhatul Jannah


    Yaassin merupakan salah satu surah di dalam al-Quran yang mengandungi 83 ayat dan diibaratkan sebagai jantung kepada al-Quran. Pembcaan surah Yaasin secara berterusan dan konsisten diharapkan dapat membantu warga Islam dan pelajar untuk mendapatkan keberkatan surah tersebut. Pihak Makdis sekolah telah menjalankan usaha untuk pelajar membaca surah Yaasin secara berterusan terutama kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM.
Antara objektif program ini diadakan adalah untuk menepati matlamat berikut :
a) Mengalakkan pelajar membaca al-Quran
b) Merebut peluang keberkatan surah Yaasin
c) Merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga SMK Taman Daya 2
d) Mendidik para pelajar agar sentiasa berlumba-lumba mengerjakan amal kebaikan
e) Memupuk semangat dan potensi kepimpinan dalam kalangan pelajar
f) Membiasakan warga Islam SMK Taman Daya 2 dengan persekitaran ilmu Islam
Walau bagaimanapun, program ini juga mempunyai matlamat utama iaitu membudayakan ayat al-Quran.
Program ini dijalankan pada hari Jumaat bermula jam 7.30 pagi (sesi persekolahan pagi) dan jam 5.30 petang (sesi persekolahan petang) untuk pelajar biasa. Bagi calon pelajar PMR dan SPM, program bacaan Yaasin dan Tahlil diadakan pada hari Selasa hingga Khamis bermula jam 7.15 pagi.
Secara keseluruhannya, program ini memberi banyak manfaat kepada warga Islam di SMK Taman Daya 2 dan diharap dapat diteruskan bersama penambahbaikan yang ada.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All right reserved by Raudhatul Jannah