03/10/2012

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & BERBUKA PUASA 2012


Program Semarak Ramadhan telah diadakan sepanjang bulan Ramadhan. Antara pengisian sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak  :

1) Tadarus al-Quran pada waktu rehat
2) Solat Dhuha dan Solat Hajat pada waktu rehat
3) Tazkirah Ramadhan waktu PTQ
4) Tazkirah Nuzul al-Quran
5) Majlis Khatam al-Quran
6) Majlis Berbuka Puasa
7) Solat Sunat Taraweh
8) Ziarah Kaseh Aidilfitri
9) Sumbangan Aidilfitri dan bantuan Pakaian Raya.
10)Kuiz Ramadhan

Antara Objektif Program ini dijalankan ialah :

1) Mendidik para pelajar menghargai dan mensyukuri nikmat Allah
2) Merapatkan hubungan silaturrahim antara warga sekolah
3) Mendidik warga SMKTD2 agar menghidupkan bulan Ramadhan
4) Menggalakkan Tadarus dan Khatam al-Quran .
5) Menggalakkan budaya menderma di bulan Ramadhan.

Semoga amalan ini terus berpanjangan dan menjadi budaya dalam kehidupan warga SMKTD2....Insya Allah.



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All right reserved by Raudhatul Jannah